Silver Rose by Scha Alyahya (20ml) – RoseValley

My Cart

Close
$6.00 per delivery. We ship worldwide too.

Silver Rose by Scha Alyahya (20ml)

$20.00 SGD

This product is whudu-friendly.
Made in Spain

Tidak hanya berhenti di situ selepas kejayaan dua wangian Bléu by Awal dan Maroón by Scha, kini pasangan ini muncul dengan dua lagi wangian yang semakin berani mewakili personality masing masing.

Memilih NOIR by Awal Ashaari dan SILVER ROSE by Scha Alyahya, wangian ini juga dijangka mengulangi kejayaan wangian pertama mereka yang menjadi fenomena sebelum ini.

Menurut Awal lagi, antara keistimewaan wangian ini adalah penglibatan mereka dalam memastikan wangian ini cukup dekat dengan mereka. Mereka sekali lagi terlibat secara menyeluruh sebelum dipasarkan bermula hari ini.

Mempertaruhkan bau musky ditambah debgan kandungan citrus, NOIR dijangka akan memberikan bauan yang segar dan menyerlahkan kelelakian kepada si pemakai. SILVER ROSE pula tampil manis dengan haruman bunga bungaan segar dan suntikkan lemon yang mampu memikat siapa sahaja yang menggunakan nya. Kedua dua wangian ini diproses dan dibotolkan di Eropah.

SILVER ROSE atau nama Spanishnya Silver Rosa adalah wangian yang dipilih sendiri oleh Scha Alyahya dari library penghasilannya di Spanyol.

"SILVER ROSE lebih kepada bau-bauan bunga segar yang menimbulkan kesegaran si pemakainya. Manakala NOIR dekat dengan saya apabila saya memilih ribuan wangian untuk dijadikan sebagai bauan kedua saya” ujar Awal Ashaari yang ternyata cukup cerewet dalam pemilihan bauan untuk dirinya selama ini.

“NOIR, wangian yang maskulin sesuai memberi keyakinan dalam apa jua keadaan. Lelaki cenderung memilih bauan yang agak macho, dan ini lah wangian yang akan disukai oleh wanita untuk lelaki mereka”

Ramai memberikan pendapat yang mereka inginkan wangian yang kecil, mudah dibawa kemana mana dan mampu memberikan kesegaran sepanjang hari. Yang penting sekali, ia sesuatu yang mampu dimiliki oleh pelanggan terutamanya peminat peminat kami.

Ingredients: Alcohol denat, Aqua, Parfum, Benzyl salycilate, Citral, Citronellol, Coumarin, Geraniol, Hexyl cinnamal, Hydroxycitronellal, Butylphenyl menthylpropional, Limonene, Linalool, Hydroxyisohexyl 3-cyclohexene carboxaldehyde

Join our Mailing List

Sign up to receive our daily email and get 50% off your first purchase.

My Cart

Subtotal: $0.00 SGD

Your cart is currently empty.